ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, August 16, 2013

ARTIKEL : 15 SEBAB KENAPA MANUSIA DITIMPA BENCANA



Bismillahirrahmanirrahiim...

Assalamualaikum semua...teristimewa buat rakan-rakan dan para pengunjung yang saya hargai. Memandangkan mood saya nak menulis tak berapa nak ada hari ni disebabkan keadaan kesihatan yang masih belum mengizinkan, jadi saya hanya ingin berkongsi sedikit ilmu daripada apa yang telah saya baca khas buat kekawan semua. Harap anda tidak jemu-jemu ya mengunjungi laman blog ini jika ada kesempatan bertandang dan seandainya ada idea yang bernas dan perkongsian yang baik, silalah tinggalkan komen-komen membina dan sebagainya di ruangan komen yang ada, Insya-Allah, ada kesempatan akan saya balas nantinya...:)

Kebelakangan ni, jika kita perhatikan, terlalu banyak bencana yang menimpa umat manusia. Pelbagai jenis pelbagai bentuk. Tapi pernahkan kita berfikir kenapa dan mengapa semua ini terjadi dan berlaku? pernahkan kita ambil masa seminit dua untuk muhasabah diri kita, untuk teliti tiap kesilapan, kesalahan dan dosa kita? kadang-kadang kita rasa kita terlalu hebat mungkin kerana kita berkuasa, ada macam-macam kelebihan pada diri jika dibandingkan dengan orang lain, ada harta yang banyak bertimbun dan bermacam-macam lagi yang kadangkala tidak sedar ianya menjadikan diri kita tidak jejak ke bumi nyata. Saban hari kita menjadi semakin lupa diri, angkuh, ego, sombong dan suka menindas orang lain di atas kelebihan yang kita miliki tanpa memperdulikan perasaan insan lain. Lebih teruk lagi kejahatan lidah semakin tidak terkawal. Na'uzubillah...


Beginikah sifat orang mukmin yang mengakui dirinya islam sejati tetapi akhlaknya langsung tidak mencerminkan peribadi terpuji lantaran islam itu indah, cantik dan dihiasi dengan bunga-bunga peribadi yang elok, baik dan mulia, tetapi sebaliknya bercanggahan dengan sifat-sifat dan sikap diri kita yang ada. Riyak, ujub, takbur semuanya kita borong dan amat kaya dalam diri...:((

Jadi sempena berada di bulan syawal yang mulia ni, apakata kita renung-renung balik ke dalam diri kita sebelum kita jauh merenung ke dalam diri orang lain. Kita betulkan diri kita. Tampal balik koyak rabak yang ada dan basuh hati kita bagi bersih dan putih, supaya syawal yang kita sambut baru-baru ini betul-betul memberikan kesan yang positif untuk diri sendiri dan insan-insan yang lain juga. Apa maknanya kita penat-penat berpuasa selama sebulan, kemudian raikan hari kemenangan tapi pada hakikatnya kita TEWAS!

Disebabkan terlalu banyak perlakuan dan sikap kita sendirilah maka Allah SWT turunkan pelbagai macam bencana agar kita sedar, insaf dan menyelidiki kembali apa dosa kita dan perbuatan kita yang menjadi kemurkaan Allah.


Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana," iaitu:

  • Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang yang tertentu sahaja.
  • Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
  • Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
  • Apabila suami terlalu mentaati isteri.
  • Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
  • Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
  • Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
  • Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
  • Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
  • Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
  • Apabila arak menjadi minuman biasa.
  • Apabila lelaki memakai sutera.
  • Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
  • Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
  • Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Oleh yang demikian, sekiranya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan dan tingkah laku mereka sendiri. 

Justeru,  marilah kita kembali kepada  apa yang dituntut oleh islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati dan diberikan keamanan di dunia sehingga ke akhirat. Insya-Allah!

Sekadar perkongsian dari hati,
-CT Nurza-
16 Ogos 2013
01:44ptg

*Gambar hiasan : Sumber google.com.

No comments: