ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, August 14, 2013

BILA GURU KURANG AJAR


GURU KURANG AJAR

apabaila ayah kencing berdiri
anak kencing berlari

apabila guru kurang ajar
anak murid jadi kurang ajar

ramli abdul rahim
1.11.2011


********************************

Guru
Meskipun terpelajar
Namun kurang ajar
Murid tetap sabar
Lantaran tak mahu jadi kurang ajar
Biarpun sakit bila ditampar
Kehormatan diri ada guru yang mencalar
Kesabaran sering dicabar
Tapi guru tetap mulia digelar
Biar perangainya ada yang menyelar
Kala anak murid menjadi mangsa nafsu-nafsi yang tercemar
Akibat guru yang dianggap mulia dan istimewa menunjuk ajar.

-Nurza-
01112011 02:22pm.

Izan Yahaya : luahan rasa yg berani.

Nur Za ‎: ~Terima kasih En Izan...sekadar luahan rasa spontan dari hati...:))

Mokhtar Yusof : dinda ku kasihi...abg tua tetap membaca nya.....

*PUISI INI MERUPAKAN BALASAN YANG KE-2 UNTUK PUISI RAKAN FB SAYA IAITU EN RAMLI ABDUL RAHIM YANG DI TAG KAT WALL SAYA.

*Grafik hiasan : Google.com

No comments: