ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, August 15, 2013

DEMAMLAH PULAKKKK!!!


Aiseyhmannnn....
Bila tengok orang lain tidur lena, terasa jeleszz la pulak...kita nak letak kepala kat bantal pun tak boleh. Asyik denyut-denyut jer sakit kepala tak henti-henti dua tiga hari ni. Ni semua angkara demam duk terkejut dengan bunyi-bunyi mercun la nih...dah macam berada kat medan perang jer rasanya...dum dam dum dam jiran-jiran duk bakar mercun. Pelik betullah...tak sayang duit ke diorang ni duk beli mercun buat bising tak henti-henti ni...rasa-rasanya duit yang dibakar jadi abu tu lebih eloklah kalau disimpan dan didermakan kepada anak-anak yatim atau diinfakkan ke sekolah-sekolah tahfiz ker, ada juga manfaatnya untuk hari kemudian dari duk beli benda-benda yang tak berguna dan tak berfaedah tu selain daripada menganggu jiran-jiran nak tidur dan beristirehat. Lebih-lebih lagi kepada jiran yang mempunyai anak-anak kecil. Kesian diorang...huhuhu...

Bagi aku yang mudah sakit kepala nih, mulalah hangin satu badan dibuatnya! sudahlah kita tak sihat, bermacam-macam gangguan pulak ada...semak betul fikiran. Kadang-kadang rasa macam nak jer sekolahkan balik mereka ni semua sebab tak reti-reti nak fikir tentang situasi jiran-jiran yang ada di sekeliling akibat terlalu pentingkan diri sendiri, tapi tulah aku terpaksa kontrol sabar sebab tak nak demam aku naik suhu kepanasannya sampai 39 darjah celcius pulak nanti...huhuhu. Kalau ya pun nak bersuka ria, berpada-padalah duk bakar mercun tu. Menganggu dan membazir sungguh!

Aku selalu duk fikirkan pak cik mak cik yang ada penyakit jantung tu...macamanalah perasaan diorang bila dengar bunyi mercun yang berdas- das tu dibakar membingitkan telinga...haishhh, payah betul manusia ni nak faham perasaan orang lain bila diri dah dikuasai oleh bermacam-macam nafsu kan?? semuanya mementingkan diri sendiri jer tanpa menghiraukan perasaan insan lain. Setakat ni mujurlah aku sendiri tak de lagi penyakit lemah jantung tu walaupun aku ni cepat lemah semangat...hohoho...


Kepada pembakar-pembakar mercun tegar tu, cukup-cukuplah bermain mercun. Dermakanlah wang anda kepada insan-insan yang lebih memerlukan jika anda sudah kaya. Berhentilah daripada membuat bising dan menganggu ketenteraman awam dengan letupan-letupan mercun anda! Aidilfitri tetap meriah tanpa mercun...terima kasih.

*Kredit untuk grafik hiasan Page I Luv Islam.

No comments: