ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, August 1, 2013

KATA-KATA HIKMAH : 40 NASIHAT SAIDINA ALI IBNI ABI TALIB

  1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
  2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
  3. Kebesaran seseorang itu bergantung kepada Qalbunya yang mana adalah sekeping daging.
  4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
  5. Jagalah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu.
  6. Bakhil terhadap apa yang di tangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah.
  7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil.
  8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan.
  9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan , kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.
  10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatlah kesusahanmu dengan mendirikan solat.
  11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
  12. Mengajar adalah belajar.
  13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin.
  14. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.
  15. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah SWT.
  16. Insan terbahagi kepada tiga :
  • a) Mereka yang mengenal Allah
  • b) Mereka yang mencari kebenaran
  • c) Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
18. Harga diri seseorang itu  adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati.
20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.
21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas.
22. Sifat seseorang tersembunyi di sebalik lidahnya.
23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta.
24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.
25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.
28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
29. Orang yang dengki marah kepada orang yang tidak berdosa.
30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia)  adalah suatu kehambaaan.
31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat.
33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.
34.  Kejahatan itu mengumpulkan  kecelaan yang memalukan.
35. Jika berharta berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.
36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata, tetapi lihat apa yang dikatakannya.
37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.
38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakan.
40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

*Petikan artikel dari keratan akhbar sudut agama.

4 comments:

Fatin Amirah said...

perkongsian yang amat menarik. semoga apa yang saudari kongsikan dapat memberi impak yang positif kepada individu yang membacanya dan dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. sesungguhnya, apa yang kita kongsikan dapat memberi kebaikan kepada kita di akhirat kelak. insya Allah amiinn

®CT Nurza said...

Terima kasih saudari Fatin... Insya-Allah! mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua... :)

Unknown said...

Syukur Alhamdulillah. Trima kasih atas prkongsian ilmu. Smoga diberkati Allah kpd sis ctnurza

®CT Nurza said...

Terima kasih kembali atas doa ikhlasnya. Semoga kaya-kata hikmah ini memberi manfaat kepada kita semua... amin... :)