ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, August 5, 2013

KATA-KATA PERANGSANG UNTUK DIRI



"...Bersyukurlah dengan usaha kecil kita untuk melakukan sesuatu yang memberi nilai positif kepada diri, agama dan bangsa walau terkadang ia sering diperlekehkan dan dipandang rendah oleh segelintir insan yang tidak tahu menghargai. Jangan kita gusar dengan kata-kata negatif untuk mematahkan semangat kita, kerana usaha kecil itu lambat-laun akan menjadi besar dan akan menghasilkan sesuatu yang memberikan imbalan yang tidak pernah kita duga dan jangkakan seandainya kita tekun dan gigih melaksanakan usaha kita, tanpa pedulikan apa orang lain nak kata. Biarkan mereka dan keluarga mereka kata-mengata! kita hanya perlu bukakan mata mereka seluasnya suatu hari nanti agar mereka segan dan malu pada diri sendiri. Perbaiki niat kita, Insya-Allah, segalanya akan menjadi nyata dan dipermudahkan...semangat dan semangat agar kita menjadi insan yang hebat dan bermanfaat di sisi-Nya..."

-CT Nurza-
05 Ogos 2013
06:49ptg.


*Kredit untuk grafik hiasan : Google.com.

No comments: