ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, August 1, 2013

MAJALAH IK ISU 12 : FUYOOO! MERAH HIJAU GITUUU!


Bismillahirrahmanirrahiim...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...semoga hari ini lebih meningkatkan lagi keimanan kita setelah 23 hari menjalani tarbiah ramadhan untuk diri. Kalau ada kemanisan beribadah tu, syukur, alhamdulillah! tetapi, andai sebaliknya berusahalah sedaya mungkin untuk cari kasih sayang Allah, pada malam-malam penghujung ramadhan ini, semoga diampuni segala dosa-dosa kita setiap masa. Insya-Allah, amin!

Hemmm, nampak tak apa benda yang IK duk pegang tuh?...hehehehe....so, camana? angpau raya untuk sanak saudara yang dikasihi dah ready ker semuanya???...hari raya ni lah hari yang paling gembira bagi kanak-kanak kan?...tapi walau bagaimana pun, kepada mak ayah tu janganlah duk didik anak-anak asyik cintakan angpau raya jer bila tiba hari raya saat  bertemu sanak saudara, tapi ajarlah juga erti silaturrahim yang sebenar dan adab sopan kala bertemu mereka yang lebih dewasa atau tua, kerana itu lebih penting dari duit raya.

Akhlak anak-anak itu cermin peribadi ibu dan ayahnya yang ditontoni oleh umum. Oleh itu, titik beratkanlah anak-anak anda tentang tatacara menghormati orang tua terlebih dahulu, sebelum datang rumah orang tup-tup mintak duit raya. Alamak, kadang-kadang tuan rumah tak sempat nak hidang air dan beramah mesra lagi dengan budak-budak ni, tiba-tiba duit raya dulu yang dimintaknya, bersalam dengan tuan rumah pun tidak, Aiseyman anak sapelah gitu kan??? macam tak terdidik dan tak terasuh jer...huhuhu...

Sebenarnya bab duit raya ni, sebagai orang tua kita tentu saja ada sediakan mengikut kemampuan masing-masing kan? dan sudah tentulah hati amat gembira nak menghulurkan angpau-angpau raya tu untuk kanak-kanak yang datang ni kerana mereka adalah tetamu cilik yang paling mulia di pagi raya. Jangan menganggap hanya kerana mereka budak kecil, kita melayan mereka cuma ala kadar sahaja, tak baik dan tak elok tu!. hargailah kehadiran mereka ke rumah kita walau tak tahu anak siapa pun, kerana datang mereka membawa rezeki kepada kita sebenarnya.

Kadang-kadang berapa RM angpau raya kita hulur pun mereka tak ambil kisah asalkan kita memberinya dengan ikhlas. Cuma yang sering teramat kisahnya bab duit raya ni adalah mak bapaknya. Haaa...yang tu memanglah rasa tak berkenan sangat-sangat nak tengok sebab duit raya tu kadang kita bagi bukan untuk mak ayah dia, tapi untuk anak dia, apesal mak ayah pulak sibuk-sibuk nak bukak tengok depan kita sebelum balik ke rumah kan?...nampak sangat tak beradab.


Janganlah malukan tuan rumah dengan berperangai demikian. Kalau feel mak ayah macam tu, macamanalah nak jadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak...kecik-kecik lagi dah ajar anak tidak beradab jadi bila dah besar tidak mustahillah anak-anak tu berperangai biadap pulak...ehhh, tolonglah ya kepada siapa-siapa yang ada anak tu...jadilah role model yang baik untuk anak-anak anda. Jangan malukan diri sendiri nantinya bila ada yang kata awak tak pandai didik anak! rugi tu...

Berbalik pasal gambar yang saya letak kat atas tu, haaa...ni info yang saya nak kongsikan kepada blogger-blogger atau sesiapa jua yang terlibat dengan dunia bisnes. Milikilah majalah IK untuk menambah pengetahuan anda dalam selok- belok perniagaan yang diceburi agar usaha anda semakin bertambah maju dengan mengikut skill-skill yang telah diberikan oleh IK dalam majalah ini. Majalah yang cukup bermanfaat untuk para peniaga, usahawan dan bakal usahawan yang terlibat dengan dunia perniagaan tak kiralah perniagaan anda kecil atau besar. Oppsss...jangan lupa! anda juga boleh membaca artikel-artikel tulisan saya di sana....dapatkan isu pertama hingga 12 dan selamat membaca serta menambah pengetahuan kepada semua!

Terima kasih!

Salam 23 Ramadhan dari saya.

-CT Nurza-
01 Ogos 2013
08:30pg.

No comments: