ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, August 25, 2013

PANTUN BERKAIT SEMPENA HARI IBU 2011


~PANTUN KHAS BUAT RAKAN2 YANG BERGELAR IBU..:)~
by Nur Za on Friday, May 6, 2011 at 8:40am

Buah labu di dalam raga,
Enak rasanya dibuat bingka;
Kasih ibu sampai ke syurga,
Walau hatinya sering terluka.

Enak rasanya dibuat bingka,
Kuih bingka sedap dimakan;
Walau hatinya sering terluka,
Anak derhaka tetap diampunkan.

Kuih bingka sedap dimakan,
Manis rasanya dipotong dihiris;
Anak derhaka tetap diampunkan,
Biarpun hatinya amat terguris,

Manis rasanya dipotong dihiris,
Bingka labu baunya wangi;
Biarpun hatinya amat terguris,
Doa ibu tetap mengiringi.

Bingka labu baunya wangi,
Terasa halus serat isinya;
Doa ibu tetap mengiringi,
Begitulah tulus kasih sayangnya.

Terasa halus serat isinya,
Labu sarawak tanam di bukit;
Begitulah tulus kasih sayangnya,
Takpernah luak walau sedikit.

~SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA INSAN2 YANG BERTUAH MENJADI SEORANG IBU..JADILAH IBU MITHALI~

-Nur Za-
06 Mei 2011.

6 comments:

hazami ahmad nawawi said...

Saya berminat dengan pantun nukilan saudari izinkan saya berkongsi..

hazami ahmad nawawi said...

terima kasih

hazami ahmad nawawi said...

Saya berminat dengan pantun nukilan saudari izinkan saya berkongsi..

hazami ahmad nawawi said...

Saya berminat dengan pantun nukilan saudari izinkan saya berkongsi..

hazami ahmad nawawi said...

Saya berminat dengan pantun nukilan saudari izinkan saya berkongsi..

CT Nurza ® said...

Terima kasih saudari Hazami...silakan...:)