ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, August 2, 2013

PANTUN JIWA-JIWA



Dari Peramu ke Tanjung Api,
Duduk di Jeti hingga ke petang;
Kutunggu hadirmu di dalam mimpi,
Sampainya hati kau taksudi datang.

Duduk di Jeti hingga ke petang,
Indah pesona senja menjelang;
Sampainya hati kautak sudi datang,
Mungkinkah kerana gerimis menghalang?

Indah pesona senja menjelang,
Diri terpaku Azan berkumandang;
Mungkinkah kerana gerimis menghalang,
Hingga wajahku kauterlepas pandang.

Nurza...:))
02 Nov 2011 
03:31am.

*Nostalgia pantun diniku bersama adinda Teratai Abadi di 'Group Pungguk Berlagu' dunia FB suatu ketika dahulu.

No comments: