ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, August 21, 2013

PANTUN KEMERDEKAAN KE-56 (2013) : MALAYSIA TANAHAIRKU


Sambut merdeka sekali setahun, 
Keringat tercurah pejuang berjasa;
Malaysiaku merdeka 56 tahun,
Itulah sejarah perjuangan bangsa.


Meniti kejayaan bersama rakan,
Berliku jalan penuh kesukaran;
Semangat Kebangsaan perlu disuburkan,
Prinsip keadilan kita tegakkan.


Tulisan rumi bacaan dewasa,
Memenuhi laman setiap terbitan;
Berjuanglah demi memartabatkan bangsa,
Diskriminasi perkauman cuba elakkan.


Asap jerami berkepul di titi,
Di hujung paya mengail toman;
Kestabilan ekonomi menjadi bukti,
Malaysia berjaya melangkaui zaman.


Bunga raya bunga kebanggaanku,
Jatuh terjemur kelopak merata;

Majulah Malaysia tanahairku,
Semoga makmur dari sengketa.

-CT Nurza-
21 Ogos 2013
11:21pm.

No comments: