ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, August 4, 2013

PANTUN RAYA (2) : FENOMENA RAYA MASAKINI


Telur pindang penuh sesarang,
Dibuat kari bekal ke bendang;

Makan bersama anak si kaya,
Malu bertandang ke rumah orang;

Jika diri tidak diundang,
Walaupun cuma berziarah beraya.

Sireh junjung bawa ke Tebrau,

Tampak sibuk orang di serambi;
Teman sebaya asyik mengopi,
Tetamu berkunjung tidak dihirau;

Lantaran facebook dan juga tv,
Datang beraya terpinggir ke tepi.


Pohon ara di kebun kelapa,
Tebas sejalur semak serabut;
Barulah cerah laluan rimba,
Bertemu saudara takkenal siapa;

Tangan dihulur harap bersambut,
Maniskan wajah bertegur sapa.

Makan kerutuk hari perayaan,
Tikar dibentang untuk keraian;

Berkepak helang terbang di jalan,
Ipad dan laptop jadi kegilaan;

Tetamu datang tidak dilayan
Akhirnya pulang hati terkilan.

Juadah raya penuh sepeti,
Lemang di para tidak berapi;
Biskut raya berhias ceri,
Beginilah raya dizaman IT;
Saudara mara tolak ke tepi,
Sahabat maya itulah yang dicari.


-CT Nurza-
04 Ogos 2013
08:29am
.

No comments: