ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, August 15, 2013

PANTUN : CINTA SUAMI DURJANA!



Sembah suri sireh setepak,
Tepak nenda barang kesukaan;
Ada isteri ditendang disepak,
Bagaikan tiada perikemanusiaan.

Makan mi perisa kari,

Jamu buahan masaknya mengkal;
Dayusnya suami memukul isteri,
Bukti kelemahan iman dan akal.

Anak mami panjat rambutan,
Rambutannya jatuh dicelah redan;
Perangai suami semacam syaitan,
Itukah contoh bapa tauladan.
 

Merah strawbery di hujung ampaian,
Dimakan kenari di pohon belimbing;

Belasah isteri bukan penyelesaian,
Cerminlah diri kerana gagal membimbing.


Basah jerami dek air naik,
Di atas feri pelampung terjatuh;
Jika suami imam yang baik,
Tentulah isteri taat dan patuh.

Leteran ummi nasihat diberi,
Agar diri rajin mengaji;
Gagal suami membentuk isteri,
Kerana diri akhlaknya keji.


Goreng mi makan kenduri,
Enak dijamu oleh Tok penghulu;
Air diteguk semanis ceri,
Adik-beradik riang bertemu;
Aduhai suami muhasabahlah diri,
Kepincangan dirimu telitilah dahulu;
Sebelum sibuk memukul isteri,
Kaji selidik perangai binatangmu.


-CT Nurza-
15 Ogos 2013

09:58am.

*Pantun ini ternukil gara-gara terlihat video suami kejam membelasah isterinya di youtube semalam. Kesian...suami sekarang semakin jahat dan langsung tidak menghargai pengorbanan seorang isteri yang telah bersusah payah menjaga makan minum, pakaiannya dan juga melahirkan zuriat keturunannya...sia-sia sahaja menjadi seorang suami jika tidak mampu melindungi isteri dan anak-anak dengan sebaiknya...semoga mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya...:((


*Gambar hiasan : sumber google.com

No comments: