ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, August 15, 2013

PERGINYA SEORANG PENYAIR (Dedikasi khas buat Allahyarham pak cik Azim Salleh)

Sebongkah sendu
Menyesak di dahan kalbu

Saat terbaca berita tentangmu
Kaupergi di dalam tidurmu

Aku tergamam
Aku terbungkam
Cahaya terang menjadi temaram
Benarkah berita yang kubaca
Sungguh tidakku duga
Oh! Innalillah hiwainna ilahiraaji'uun...
Cuma itu yang terpantul diulas bibirku

Pak Cik...
Maafkan aku kerana kini baru mengetahui
Pulangmu ke sisi-Nya tidak pernah aku sedari
Walau di hati terdetik bertanyakan khabarmu
Lantas hari ini ingin kucari jejakmu
Namun kutemui belasungkawamu cuma
Dalam terpana airmataku gugur
Seorang insan yang rendah hatinya
Tidak lokek ilmu menunjuk ajarku
Kini kembali ke pangkuan Ilahi

Al-fatihah untukmu
Pak Cik Azim Salleh
Semoga damai rohmu di sana
Dalam cucuran rahmat dan nikmat-Nya.
Amin.

-CT Nurza-
15 Ogos 2013
06:11ptg.

*Terima kasih kepada rakan penulis, iaitu abang Mazemie Mazz yang sudi memaklumkan berita ini kepada saya dengan sahih. Walau amat terkejut namun tetap mendokan agar roh pak cik Azim ditempatkan dalam kalangan insan-insan yang soleh dan dilimpahi rahmat hendaknya. Amin.

*Kredit untuk Blog Penulis Perak yang secara tidak sengaja saya ter'explore' hari ini. Terima kasih di atas entri ini...
http://penulisperak.blogspot.com/2012/11/azim-saleh.html

No comments: