ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, August 3, 2013

PUISI : KERISI MASAK LEMAK



Kerisi masak lemak
Itulah juadah kesukaanmu
Telah aku sediakan
Istimewa untukmu sayang
Dengan secukup rasa
Beraroma serai dan daun kunyit
Kurencahkan jua zikir dan selawat
Agar kasih bertaut erat
Berkat masakan yang tulus ikhlas
Dari hati seorang isteri.

-CT Nurza-
03 Ogos 2013
05:46ptg.

*Grafik Hiasan : Sumber Google.Com.

No comments: