ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, August 17, 2013

PUISI : KEZALIMAN TERLAMPAU


Di tebing hati
Aku menangis sendiri
Menatap berita sedih meruntun emosi

Seorang anak dikelar disembelih sehingga mati
Oleh bapa sendiri
Ketika sedang menonton TV
Nau'zubillah!
Mengapa begini?
Sikap suami dan ayah masa kini
Tidak sayang kepada zuriat sendiri
Anak isteri ditampar dibunuh  sesuka hati

Mati dan seksa di tangan suami dan ayah sendiri
Yang seharusnya menjadi pelindung diri
Bukan dizalimi disakiti

Seperti telah berlaku kini.

Oh Tuhan!
Petaka apakah ini
Sifat manusia mengatasi haiwani
Tidak lagi takut dengan dosa

Melakukan kekejaman seumpama ini???
Lantaran taksub dengan ilmu syaitan!

-CT Nurza-
17 Ogos 2013

10:06mlm.

*Sumber petikan Berita :

 http://mediashahalam.blogspot.com/2013/08/sembelih-anak-hirup-darah.html

No comments: