ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, August 3, 2013

PUISI : SYAWAL YANG PILU



Mengumpul kekuatan dipagi lebaran
Akan kubendung airmata ini dari tertumpah
Akan kuperbanyakkan doa untuk ayah dan bonda
Agar berbahagia di alam sana
Meski di hati ini sebak meruntun mengocak emosi diri
Ketiadaan kalian bagaikan mengosongkan ruang hatiku kini
Untuk meraikan lebaran yang penuh erti
Pemergian ayahbonda mengajarku makna sebuah kehilangan
Kehilangan sebenar yang tiada penggantinya

Benarlah katamu ayah
Jangan sesekali menderhakai ayah dan bonda ketika hayatnya
Kelak nanti hidup akan sengsara tanpanya
Penyesalan akan tiba setelah kehilangan
Saat itu semua sudah takbererti 

Ibu ayah tidak akan kembali lagi
Walau menangis airmata darah sekalipun

Juga benar katamu bonda
Kasih tulus seorang ibu
Tidak mungkin ditemui di dunia ini
Selain daripada kasih seorang ibu terhadap anak kandungnya
Lantaran kasih yang lain hanya sandaran tika diri disayangi
Saat keberadaanmu bisa memenuhi
Namun pasti akan terbuang
Jika diri bukan insan yang terbilang
Akan terpinggir jika bukan menjadi pilihan
Meski berguni kebaikan yang dicurahkan
Namun segalanya tidak akan memberi erti

Ayahbondaku...
Aku masih bertahan di sini
Walau hati telah retak seribu
Aku berjuang menjadi insan yang terbaik
Biarpun diri bukan permata pilihan yang diimpi
Aku masih tabah dan cekal berkat didikan kalian
Kerana tidak mahu menjadi manusia biadap
Biadap kepada insan yang masih aku hormati dan sayangi

Kutelan segala cemuhan
Walau hati luka berdarah
Kian pedih dan parah
Terpaksa kupasrah

Mungkinkah ini ketentuan Allah
Untuk menguji keimananku yang masih lemah
Betahkan aku bertahan dengan segala tohmah
Yang sering dilemparkan kepadaku
Walau bukan atas kesalahan dan kesilapanku

Biarlah...
Akan kubuktikan suatu hari nanti
Aku bukan insan yang telalu hina dan lemah
Aku berdiam dari berkata yang tidak berhemah
Kerana kutahu diam itu punya hikmahnya
Biarpun hadirnya syawal yang manis
Sentiasa menjadi lebaran yang luka buat diriku!

-CT Nurza-
03 Ogos 2013
10:30am.

*Grafik hiasan : Kredit to sumber google.com

No comments: