ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, August 12, 2013

SAYANGI JANTUNG ANDA

Alhamdulillah, berpuasa sudah, beraya pun sudah...

Bagaimana dengan pemakanan kita pada musim perayaan ini? terkawal atau sebaliknya? dalam pada kita berseronok dan bergembira dapat bertemu rakan-rakan dan sanak-saudara untuk berkongsi pelbagai cerita di samping menikmati juadah hari raya bersama-sama, janganlah pula kita terlupa bahawa kesihatan kita amat penting untuk dijaga. Kurangkan mengambil makanan-makanan yang berminyak, berlemak dan boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan kita, lebih-lebih lagi kepada jantung kita.

Bagi mereka yang bermasalah dengan jantung, waspadalah bila menghadiri jemputan-jemputan ke rumah terbuka ya! Elakkan daripada mengambil ais yang banyak kerana ia sangat memberikan kesan kepada jantung anda. Sayangilah diri anda, sayangilah jantung anda!...pesanan ini khas untuk seseorang yang terlalu suka minum ais...:)


Do your checkup before you run with BPHealthcare, at up to 50% off!

No comments: