ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, August 31, 2013

SYAIR NEGARA MERDEKA - ROSLAN MADUN


Roslan Madun

SYAIR NEGARA MERDEKA
Karangan : Roslan Madun

Negara kita sudah merdeka
Hidup tenteram sekian lama
Bagaikan bunga yang sedang mekar
Jagalah ia bersama-sama

Negara kita berbilang bangsa
Berbagai budaya berbagai agama
Suburkan ia selama-lama
Jagalah jangan timbul bencana

Merdeka itu merdeka diri
Teguh prinsip berperibadi
Jika datang cabar dan uji
Jangan berganjak walau seinci

Negara kita sudah merdeka
Silatulrahim mesti dijaga
Kekalkan ia sepanjang masa
Mesra seperti gita dan bunga

Merdekalah kita selama-lama
Jauhkan sikap cela mencela
Kalau berpecah sesama kita
Akibatnya buruk akan menimpa

Rukun Negara kita patuhi
Agar hidup kita harmoni
Syukuri nikmat Tuhan Rabbani
Hidup selamat dan diberkati

*Note : Terima kasih & Penghargaan kepada abang Roslan Madun kerana mengizinkan Syair ini dimuatkan di laman blog saya yang tidak seberapanya ini. Semoga syair ini memberi kesedaran dan manfaat untuk kita bersama.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan koleksi album lagu-lagu rakyat dendangan beliau, silalah berhubung dengan abang Roslan Madun sendiri ditalian 012-9013636 atau emelkan sebarang pertanyaan ke alamat lagurakyat@gmail.com ya...terima kasih...:)

6 comments:

Wan Suraya Wan Ismail said...

Assalamualaikum..

Saya ingin memohon keizinan untuk mengambil syair tuan yang akan dipertandingkan sempena Hari Kanak-Kanak Kebangsaan. Syair ini akan dideklamasikan oleh anak didik saya.

Saya akan mengekalkan nama penulis asal dan akan memberi kredit link blog ini ke laman sosial.

Besar harapan saya agar tuan membenarkan saya untuk mengambil syair ini. Terima kasih.

®سيتي نور زا said...

Waalaikumussalam Sdri. Wan Suraya,

Saya mewakili En. Roslan Madun, dengan sukacitanya membenarkan syair ini diambil dan diguna pakai untuk tujuan pembelajaran. Silakan... :)

Maaf, atas kelewatan menjawab mesej Sdri.

Terima kasih kerana sudi singgah ke laman ini.

Azmi Azmaniy said...

Ya Tuan Roslan..
saya juga pinta keijinan utk copy syair indah tuan...utk hari merdeka..

NotAPrincess said...
This comment has been removed by the author.
NotAPrincess said...

Salam , minta izin untuk mengambil syair tuan yaaa , untuk forum perdana sempena ujian lisan , terima kasih tuan , jasa tuan amat dihargai

®CT Nurza said...

Waalaikumussalam...

Silakan NotAPrincess, sudah saya maklumkan kepada Tn.Roslan Madun,dia membenarkan tetapi dengan syarat hanya untuk tujuan pembelajaran sahaja. Pesannya jangan lupa kreditkan nama beliau sebagai pemilik karya tersebut sewaktu pembentangan dibuat dalam forum Cikpuan nanti. Harap maklum dan terima kasih.