ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, August 14, 2013

TOPIK PAGI DI RADIO IKIM FM



Ikim.Fm
TOPIK PAGI 4 SAFAR / 29 DISEMBER:
"KAHWIN MUDA, CERAI MUDA: DI MANA SILAPNYA?"
Laporan akhbar tentang isu perkahwinan semakin rapuh, termasuk perceraian di usia muda...

CT Nurza
Assalamualaikum wrbkth...
Selamat pagi DJ Siti & Pian....
Pada pandangan saya kawin muda tu tak salah dari hidup terus bergelumang dengan maksiat dan dosa sebelum kawin. Yang penting sekali bertanggungjawab, matang, sabar dan penuh pengertian kerana jika berkahwin lewat pun tapi pemikiran masih belum matang, tidak bersedia memikul tanggungjawab dan amanah, perceraian tetap juga akan berlaku..tak semestinya yang kahwin muda tu tidak matang walaupun mungkin dari segi ekonomi tidak begitu kukuh tapi rezeki setiap insan tu pasti ada kerana janji Allah itu benar. Masalahnya yang jadi terlalu banyak perceraian itu mungkin mereka terlalu ego dan tidak mahu mengalah di antara satu sama lain kerana masih kurang mantap pegangan agamanya jadi apabila berlaku sedikit perselisihan faham masing-masing cabar mencabar dan terlalu cemburu. Selain itu kemungkinan terlalu banyak buat dosa sebelum kahwin jadi rumahtangga yang dibina itu tidak ada keberkatannya...terima kasih.
about an hour ago · Like · 7

*Dipilih dan diumumkan sebagai 'komen terbaik' untuk hari ini 29 Disember 2011. Lebih dari 120 komen yang diterima melalui facebook tidak termasuk komen2 yang diterima melalui sms..syukur alhamdulillah....terima kasih IKIMFM kerana masih lagi memilih komen saya sebagai komen terbaik pada kali ini...:)

********************************

Nur Za shared Zaharuddin.net's status.

Isteri yang 'mahal' lagi 'bernilai' pada pandangan Islam ialah isteri yang tidak meletakkan darjat & kemuliaannya kepada wang & harta, tetapi kepada iman & kasih dalam jiwa dan hatinya. Kalau diletakkan nilai dirinya kepada wang, wang akan hilang serta habis. Kalau diletakkan kepada iman & kasih suci dlm hatinya ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga. InshaAllah.

*PETIKAN DARI POSTING2 DI FB MELALUI PAGES USTZ.ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN.

No comments: