ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, August 14, 2013

TOPIK PAGI DI RADIO IKIM FM



Ikim.Fm
TOPIK PAGI SELASA 24 MUHARRAM / 20 DISEMBER:
"IBUBAPA SIBUK, ANAK BOLEH SAKIT MENTAL" Apa nak buat?

CT Nurza
Assalamualaikum & Selamat pagi..
Antara tuntutan hidup dan juga keperluan anak-anak, seharusnya ibu bapa bijak membahagikan masa mencurahkan sedikit perhatian dan kasih sayang pada anak-anak agar perkara-perkara yang tak diingini tidak berlaku dalam membina kehidupan yang bahagia bersama keluarga. Kesibukkan ibu bapa yang terlalu mengejar kemewahan dan sebagainya kadangkala membuatkan anak-anak sering merasakan diri dan kehidupan mereka terabai dan ini menimbulkan satu tekanan dalam diri. Nilai kasih sayang ibu bapa itu terletak kepada bagaimana cara mereka mencorakkan anak-anak dan mereka perlu memberi sedikit ruang untuk mendidik dan membentuk anak-anak dengan kewajipan-kewajipan yang seharusnya, seperti memberikan didikan agama yang cukup agar anak-anak tidak terjerumus kepada perkara-perkara yang tak sepatutnya, sentiasa memantau dan memperhatikan tingkah laku anak-anak, bukan hanya setakat bagi makan dan pakai seperti anak-anak ayam yang terbiar membawa haluan masing-masing. Pada pandangan saya melentur buluh biar dari rebungnya. Terima kasih.

*Dipilih dan diumumkan sebagai 'komen terbaik' daripada lebih 100 komen yang diterima melalui sms dan facebook untuk topik pagi bersama Dj Siti & Dj Pian di Radio IKIMFM bertarikh 20 Disember 2011...Terima kasih IKIMFM kerana sudi memilih komen saya sebagai komen terbaik.

No comments: