ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, September 13, 2013

KATA-KATA INDAH UNTUK RENUNGAN DIRI





~Demi sebuah persahabatan, jagalah tutur kata dan tingkah laku kita agar tidak saling sakit menyakiti sesama insan dengan lisan dan perbuatan kita. Molek perangai elok budi pekerti pasti semua orang akan suka untuk mendekati dan tidak akan menjauhkan diri daripada kita. Bila orang menjauh usah kita salahkan orang tapi salahkan diri sendiri yang mungkin tanpa sedar telah menyakiti dan mengguris hati insan lain dengan kata-kata kita yang terlalu lancang. 

Salam maghrib buat semua~

"...Warnai persahabatan dengan keikhlasan, Insya-Allah, pasti ketulusan akan terpancar di hati..."

~CT Nurza~
13 Sept 2013

07:24mlm

*Kredit untuk grafik hiasan : Grafik Islamik & Ikim.fm.

No comments: