ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, September 3, 2013

SYAIR SALASILAH : ROSLAN MADUN


SALASILAH
Nyanyian & lirik : Roslan Madun
Dari album single : Salasilah

Negeri Pahang negeri terbilang
Sudah mashyur dalam hikayat
Naungannya Raja terbilang
Jadi payung kepada rakyat

Sultan Ahmad Raja pertama
Gagah berani dan bijaksana
Lengkap dengan Hulubalangnya
Perang Selangor jadi buktinya

Sultan Mahmud Raja kedua
Negeri Pahang bertambah jaya
Seri Terentang cantik dibina
Jadi lambang negeri berRaja

Kemudian Sultan Abdullah
Budayawan tiada tandingan
Irama Gamelan bertingkah-tingkah
Seni berkembang sepanjang zaman

Yang keempat Sultan Abu Bakar
Jiwa luhur seorang seniman
Banyak sejarah telah dilakar
Negeri Pahang makmur dan aman

Kemudian Sultan Ahmad Shah
Jantung hati kekasih rakyat
Segenap desa baginda jengah
Silatulrahim erat diikat

Negeri Pahang negeri terbilang
Sudah mashyur dalam hikayat
Naungannya Raja terbilang
Jadi payung kepada rakyat

Sampai kini Sultan Ahmad Shah
Berjiwa rakyat dalam memerintah
Negeri Pahang negeri bertuah
Syukur kita kepada Allah

*Note :Kredit untuk abg Roslan Madun yang menghasilkan syair yang cukup indah ini. Mohon izin syair ini dimuatkan dalam blog saya ya abg Lan, sebab tertarik sangat dengan bait-bait yang ditulis dan rasa amat bersyukur menjadi sebahagian daripada rakyat negeri pahang yang mempunyai Sultan berjiwa rakyat. Daulat Tuanku! - CT Nurza-
*Kepada yang ingin mendapatkan album-album original lagu-lagu rakyat dendangan abg Roslan Madun sila berhubung dengan beliau di laman FB nya ya...terima kasih!

No comments: