ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, September 4, 2013

KATA-KATA SEMANGAT UNTUK DIRI 04 SEPT 2013


Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum dan salam maghrib semua...terima kasih atas kesudian mengunjungi laman blog NKN ini...kunjungan anda amat-amat saya hargai. Salam kemesraan buat semua...:)


"...Usah hidup dalam perbandingan, kerana perbandingan itu hanya merimaskan dan menyesakkan. Kehidupan setiap makhluk itu berbeza dan pasti kejadiannya punya hikmah yang Allah telah atur dan  tentukan. Apa yang pasti, setiap makhluk tetap berzikir untuk Al-Khaliq dengan caranya sendiri. Begitu jua kita manusia, perjalanan hidup setiap insan itu pastinya tidak sama, ada yang senang ada yang susah, ada yang sihat ada yang sakit, ada yang kaya ada yang miskin, namun perbezaan itu tidak membataskan kita untuk sujud kepada Allah SWT biar apa keadaan sekalipun. Segala ketentuan-Nya mengikut kesesuaian diri dan kemampuan kita, namun tetap ada kebaikan yang harus kita fikirkan. Untuk itu, terimalah apa sahaja UJIAN-NYA dengan lapang jiwa dan minda terbuka, Insya-Allah! pasti tidak akan rasa terseksa dan derita..."


Ilham spontan, 
-CT Nurza-
04 Sept. 2013
07:58mlm
(Di atas sejadah kesedaran kumohon kuatkan iman)

No comments: