ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, September 16, 2013

PANTUN 1MALAYSIA 2013

 

Pergi memukat ikan kelisa,
Kelisa kesukaan anak hartawan;
Sepakat bermuafakat takkira bangsa,
Jalinkan kemesraan kukuhkan perpaduan.

Kelisa kesukaan anak hartawan,
Hartawan kaya bergelar Pengiran;
Jalinkan kemesraan kukuhkan perpaduan,
Barulah malaysia Penuh kemakmuran.

Hartawan kaya bergelar Pengiran,
Pengiran anakanda Sultan kesayangan;
Barulah malaysia penuh kemakmuran,
Jika rakyatnya saling bergandingan.

Pengiran anakanda Sultan kesayangan,
Kesayangan Sultanah kasih dizahirkan;
Jika rakyatnya saling bergandingan,
Segala amanah dapat dilaksanakan.

Udang galah jual di pekan,
Pekan sabtu meriah dan ceria;
Segala amanah dapat dilaksanakan,
Jika bersatu rakyat Malaysia.

Nukilan spontan,
-CT Nurza-
16 Sept.2013
05:24ptg.

No comments: