ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, September 8, 2013

PANTUN HARI MINGGU


Kuih sagu kuih samosa,
Menu lama sajian tetangga;
Hari minggu peruntukkanlah masa,
Untuk bersama ahli keluarga.


Gugur ranting pohon delima,
Pohon nangka di tengah paya;
Kerjaya penting keluarga diutama,
Kerana mereka anda berjaya.


Ikan laga warnanya indah,
Di tapak tangan harum bungaan;
Bersama keluarga bersantai beriadah,
Rapatkan hubungan tingkatkan kemesraan.


Pulang senja kapal belayar,
Bawa pulasan bingkisan rakan;

Anak-anak remaja jangan dibiar,
Diberi kebebasan disalah gunakan.


Jatuh ke lubuk sibuah rambai,
Lekat dijala kulit durian;

Ibu bapa sibuk, anak-anak terabai,
Sekali sekala berilah perhatian.


Pasang denak menjerat tiong,
Pergi ke hulu menahan pukat;

Ajarlah anak bergotong royong,
Agar tahu hidup bermasyarakat.


Nyala pelita di atas peterana,
Habis jelaga langsir dipasang;
Duit dan harta tiada guna;
Jika keluarga hidupnya pincang.

Ditiup angin sibunga sena,
Terbangnya hingga ke Pengkalan sana;
Jika ingin hidup sempurna,
Jadikan keluarga paling bermakna.


Nasi ditanak lebih disimpan,
Wangi dan enak padi dituai;
Didiklah anak adab dan sopan,
Inilah masa paling sesuai.


Nukilan spontan dipagi minggu,
-CT Nurza-
08 Sept. 2013

09:13pg.

*Kredit untuk gambar hiasan google.com

No comments: