ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, September 7, 2013

PANTUN ISTIMEWA BUAT MEMPELAI


Bismillahirrahmanirrahiim...
Khas buat kedua adik-adikku, Jijoe & Ziera..."Selamat Pengantin Baru" semoga bahagia sehingga keakhir usia. Terima kasih di atas kad undangan yang amat cantik ini. Akan dijadikan kenangan sebagai tanda kumenghargainya...Terima kasih sekalung budi, luahan tulus dari lubuk hati...:)


Luangkan masa baca berita,
Berita terkini penuh sensasi;
Gembira rasa tidak terkata,
Sempurna kini hasrat terealisasi.

Doa dimakbul kehendak Allah,
Pelbagai rintangan itulah pemangkin;

Ijab dan qabul dilafaz sudah,
Jagalah hubungan sebaik mungkin.

Merah indah inai di jari,
Tersenyum suri saat dirai;
Bila dah jadi suami isteri,
Jagalah hati jangan dilukai.

Berkembang kasih mekar di hati,
Cincin di jari kucupan di pipi;
Terima kasih ingatan di hati,
Undangan diberi hadiah kutitipi.

Insya-Allah!


Nukilan spontan khas buat Jijoe & Ziera dari kak Nurza,
-CT Nurza-
07092013 11:18pg.

No comments: