ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, September 3, 2013

PUISI CACAMARBAKU SUATU WAKTU DAHULU 2011



CT Nurza
♥♥ Puisi balasan untuk Ej Jade ♥♥

Bicara mata
walau senyap sunyi
tapi telus pandang
mengungkap pelbagai rahsia
meresap hingga ke hati
merungkai beribu erti
makanya sentiasa berhati-hati
takut disalah tafsir
apa yang terlihat
akan berbisik di hati.

-Nurza-
26 Nov 2011.

CT Nurza
♥♥ Menjawab Puisi Abg Sani Kopratasa..[Puisi 2] ♥♥
Dalam kuberfikir
berfikir ke dalam diri
diri yang kucermin
banyak cacat celanya
kautersipu
aku terkedu
akhirnya
malumu
siluku.

spontan dariku..
-Nurza-
25112011 11:34pm.

CT Nurza
♥♥ Menjawab Puisi Abg Sani Kopratasa (Puisi 1)♥♥
Bukan salah tanah
bunga tumbuh tidak menjadi
tapi salahkan benih
benihnya saman
ditabur sesuka hati tidak berisi
bunga takwangi
kembang takjadi
salah siapa
aku pun taktahu??!

Suka-suka hati jer nak tulis dan balas...jangan marah abg Sani...:)))))
-Nurza-
25112011 11:39pm.

November 26 at 4:08pm

Komen:-
*Sani Kopratasa : hahaha...kna bnyak lagi "membaca" dan "mencari"
November 27 at 8:37pm 

*Grafik hiasan : Google.com.

No comments: