ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, September 9, 2013

PUISI : DIALAH PENCINTA ABADI


Kuserahkan hati ini
Pada cinta-Nya yang tulus suci
Tika menghampirkan diri
Dihening pagi yang sunyi sepi


DIAlah pencinta abadi
Untuk hamba-Nya yang sentiasa mendekati
Dalam susah dan senang  saat diuji
Bukan semakin menjauhi merunguti

Ya Allah!
Janji-Mu janji yang benar sekali
Tiada pernah dimungkiri
Malunya aku kepada diri

Andai masih lagi tidak mentaati
kepada-Mu Maha Pencipta diriku ini.


-CT Nurza-
09092013
05:20pg

*Kredit untuk gambar hiasan Grafik Islamik.

No comments: