ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, September 2, 2013

PUISI : DOAKU DOAMU



~NUKILAN RAHSIA HATI~
by Ct Nurza on Monday, May 9, 2011 at 8:57pm

Doaku doamu....
tetap kuhimpun menjadi satu
sinisnya bicaramu
buat aku bisu terpaku
namun aku cuba bersabar
walau hati pedih berdarah
sengaja diriku takmahu bersuara
kerana takut kauakan terpukul
dengan kata-kata yang pasti berbisa
menyebabkan dirimu akan terpana

Lalu kufikir...
diam itu lebih baik dari bersuara
jika bersuara itu akan melukakan hatimu
walaupun hakikatnya kausendiri menyakiti hatiku

Namun...
biar kucari kekurangan diri
mencukupkan mana yang kurang
memperbaiki segala kelemahan
sindiranmu kujadikan obor
untuk kumencari bulan dan bintang
digelap malam yang penuh damai
hanya DIA Yang Maha Tahu
apa tersimpan dalam rahsia-Nya!
biarpun kausendiri tidak pernah mengetahui

Ya Allah!..
berikanlah hidayah-Mu
untuk hati-hati yang gemar menyakiti.

-Nur Za-
09 Mei 2011.
20:41mlm

No comments: