ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, September 6, 2013

PUISI : KENYALANG BUMI KENYALANG


Kenyalang bumi Kenyalang...
Tunggulah aku datang bertandang
Jejakkan kaki kala November menjelang
Untuk melihat sungai terpanjang
Terkenal namanya sungai Rajang
Gah dan masyhur disebut orang

Kenyalang bumi Kenyalang...
Inginku berjalan luaskan pandangan
Melihat keunikan negeri orang
Untuk menikmati damainya alam
Menelusuri budaya pelbagai etnik
Melapangkan minda merehatkan fikiran
Andainya nanti hasratku kesampaian

Kenyalang bumi Kenyalang...

Terbayang aku gunung Santubong
Indah dan tinggi mencakar awan
Hutan hujan tropika warisan zaman
Masih terjaga elok terpelihara
Itulah khazanah nenek moyangmu
Menjadi tarikan para pengunjung
Sebagai warisan yang perlu dikekalkan.

Kenyalang bumi Kenyalang...
Lagenda terukir puteri terbilang
Antara Santubong dan juga Sejinjang

Menjadi gunung dan juga pulau
Lantaran berebutkan putera nan kacak
Putera Serapi nama diberi
Akhirnya kecewa terkena sumpahan

Kenyalang bumi Kenyalang...
Tunggulah akukan datang
Pastiku datang!
Insya-Allah!!


Nukilan spontan,
-CT Nurza-
06 Sept. 2013

01:45pg.

*Kredit untuk gambar hiasan : Google.com sumber 'Kosmo Online.'

No comments: