ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, September 5, 2013

PUISI : KERANA SI PENGEMIS ITU



Dari gerai ke gerai
Dia pergi meraih simpati
Pintanya cuma seteguk air
Sekeping roti
Sekadar untuk mengalas perut
Dari kelmarin tidak berisi
Walau cuma sebungkus maggie

Apakan daya...
Jika sudah bergelar pengemis
Hapak, hanyir, masam, hamis, segala terbau
Muallah si kaya menjamu selera
Bila si pengemis melintasi meja
Putuslah selera hilang ceria
Lantas si kaya sinis bersuara
"Pergilah wahai si pengemis kotor!
Minta duit takhenti-henti."
Dicampaknya wang satu ringgit cuma
Pengemis dihalau bak anjing kurap
Kerusi ditendang lalu beredar

Si pengemis hanya mampu memandang
Angkuhnya si kaya memandu laju
Duit dicampak hanya seringgit
Maki hamunnya berjela-jela
Menangis si pengemis di dalam hati
Bukan dipinta hidup melarat
Nasibnya malang yatim piatu
Terpaksa hidup membawa diri
Kerana diri tiada saudara
Lalu terbiar hidup merempat

Sebatu perjalanan si kaya kemalangan
Keretanya remuk tulangnya patah
Sesalan timbul tiada sudahnya
Teringatkan si pengemis dicaci dihina
Mungkinkah itu berkat doanya
Insan teraniaya Allah makbulkan
Tiada hijab tiada penghalang

Wahai si kaya golongan berada
Usahlah gah dengan hartamu
Memandang hina suka mencela
Ingatlah semuanya pinjaman sementara
Tiada gunanya harta berkerak
Namun bakhil menghulur derma
Semua itu tidak akan bermakna
Jika zakat fitrah tidak sempurna
Pahala sedekah tidak diterima

Pengemis...
kauhanya sekadar mengemis simpati
Meskipun ketemu insan yang tidak punya hati!


Nukilan spontan,
-Nurza-
05 Sept. 2013
04:51pg.

"...Baju yang mahal
tidak ada nilainya, jika si pemakainya berakhlak rendah..."

*Pengajaran : Jaga mulut jaga lidah, jangan suka meludah! Tersilap ludah membawa padah. 
Begitulah kuasa Allah!

*Kredit untuk gambar hiasan : Sumber google.com

No comments: