ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, September 7, 2013

PUISI SPONTAN : TETAMU MAYA



Dari blog ke blog
Aku ronda meronda
Bagaikan jaga tua
Bertugas mengisi masa
Sementara menunggu detiknya
Untuk pulang bekerja

Sebenarnya aku bukanlah apa
Sekadar menziarahi rakan-rakan yang ada
Sebagai tanda menghargai mereka
Biarpun aku takkenal siapa
Tetapi aku gembira
Melihat karenah mereka
Dalam berkongsi pelbagai cerita
Masing-masing punya gaya
Ada suka, ada duka, ada jenaka
Adakalanya aku tertawa
Menghayati menyelami watak mereka
Takkurang jua mengalir airmata
Semua itu bagaikan rahsia
Tersimpan hanya di diari maya
Untuk rakan yang memahami diri

Biarpun terkadang luahan itu amat peribadi

Wahai teman, wahai sahabat, wahai semua
Maafkan aku sekadar bertamu
Untuk menyapa terasa malu
Bimbang hadirku tidak diundang
Siapalah aku di antara kalian
Bagai malukut di tepian gantang
Ada tiada takmemberi makna
Lalu izinkan aku sekadar menyinggah
Hanya untuk melepaskan lelah
Setelah penat mengasah minda
Sementara menunggu mata terlena
Terima kasih!
Terima Kasih!
Terima kasih!

Nukilan spontan,
-CT Nurza-
07 Sept 2013
11:10pm.


No comments: