ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, September 9, 2013

SAJAK : CERMIN - YASSIN SALLEH


Nak beli cermin setinggi berdiri
akan kulekatkan ke dinding
untuk nanti kulihat diri
berjalan bagaikan menari
dengan kaki yang tak lagi berdiri sendiri

Dan bibir di wajah
yang tak siap bercukur
masihkah senyum semanis dulu
atau masih ada degil lama
terserlah  gagah di lantai pasrah.

Cermin oh cermin, ahh

yassinsalleh
1206 hrs. Sept 9. 13
Hospital Kuala Lumpur
Copyright (c) 2013
yassinsalleh
All Rights Reserved

http://yassinsalleh.blogspot.com/

*Note : Terima kasih ayahanda Yassin Salleh dengan kiriman sajak ini. Anakanda amat menyukainya kerana anakanda juga sentiasa cermin-cermin diri ini setiap masa untuk melihat kekurangan diri sendiri...:((

*Kredit untuk grafik hiasan google.com.

No comments: