ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, September 26, 2013

SAJAK : YANG MASIH KUPUNYA LAGI - YASSIN SALLEH

Macam manalah ya
aku nak tulis sajak
tapi dah tak tahu
macam mana nak tulis.

Kalau tulis juga
yang terjalin adalah nyanyi sayu
yang terpilin cumalah tangis qalbu
yang kian hari kian piatu
terkurung di saujana sepi
denai kembara yang mengikat kaki
pada tongkat yang berat
pada ubat yang sarat
pada pinggiran semangat
yang juga tertambat
ke hujung senja yang lambat.

Maafkan aku duhai sahabat
Aku tuliskan jugalah sajak
sepertimana yang ku tahu
kerana sajak adalah nafasku
kerana sajak adalah semangatku
kerana sajak adalah impianku
dalam bertahan
mengempang tibanya
asakan keinginan
untuk tidak mahu lagi
kembara tanpa mimpi

Kerana selain sajak
hanyalah sakit dan mimpi
yang masih ku punya lagi.

yassinsalleh
1342 hrs. Sept 26. 13
La Casa pasifica D Yasleh
Copyright (c) 2013
yassinsalleh
All Rights Reserved.


*Untuk membaca lebih lagi karya tulisan ayahanda Yassin Salleh, kepada yang sudi sila dapatkan buku himpunan sajak-sajak beliau menerusi link ini...terima kasih.

No comments: