ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, September 14, 2013

SEKADAR CORETAN : TERIMA KASIH SEMUA


Statistik pengunjung sepanjang ogos 2013 - N3 Pilihan Tertinggi Pantun Kemerdekaan 2013.


Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Mohon maaf kerana tidak sempat nak update blog ini seperti biasa beberapa hari ni, disebabkan ada sedikit masalah kesihatan. Apa pun dikesempatan ini, saya tetap ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca setia dan pengunjung yang sudi melawati laman blog ini, walaupun hanya sekadar menjadi silent reader kerana tanpa anda blog ini pasti sunyi dan sepi. 

Sebelum ini saya menyangka blog ini cuma sekadar sebuah diary bisu yang banyak menyimpan kenangan dan cerita-cerita hidup saya sahaja, tanpa pernah mengetahui rupanya ada yang sentiasa mengikuti perkembangan saya di sini. Sebenarnya, blog ini telah menjadikan hidup saya semakin bererti dan bertambah matang dalam menggendalikan emosi, menajamkan pemikiran dan mengawal perasaan, jadi  di laman inilah wadah tempat saya berkarya dengan tenang, damai dan tanpa rasa terpaksa melakukan apa yang saya minat. 

Biarpun blog ini hanya sekadar blog peribadi yang banyak merakam kisah suka duka hidup saya sejak dari kecil, remaja hingga pada masa kini, tetapi blog ini juga saya harapkan akan dapat memberikan sedikit sumbangan kecil kepada mereka yang ingin melapangkan minda bersantai sambil mencari bahan-bahan yang diperlukan jika ada yang bersesuaian dengan keperluan anda. Semoga perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini dapat membantu anda yang memerlukan.

Sekali lagi jutaan terima kasih untuk semua...salam hormat dari saya.

-CT Nurza-

14 Sept. 2013
07:09pg.

No comments: