ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, October 12, 2013

DOA MENAIKI KENDERAAN


Assalamualaikum…

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia tak kiralah di mana saja anda berada, teristimewa buat pengunjung-pengunjung dan pembaca setia blog Nukilan Kreatif Nurza ini. Doa dan harapan saya semoga anda semua selamat dalam perjalanan pulang ke Kampung masing-masing. Itu pun sekiranya ada yang balik ke Kampung untuk meraikan Aidiladha bersama keluarga dan sanak saudara tercinta. Kalau jamu selera di pagi raya nanti jangan lupa saya di sini ya…hehehe…

Bersempena dengan musim perayaan dan musim tengkujuh ini, saya ingin mengingatkan rakan-rakan dan pembaca setia blog saya, berhati-hatilah ketika memandu di jalan raya pada musim dan keadaan cuaca yang tidak terjangka sebegini, kerana terlalu banyak kemalangan ngeri yang berlaku di sana sini dan harapnya tiadalah yang menjadi mangsa korban di jalan raya lantaran kecuaian diri sendiri. Memandulah dalam keadaan tenang dan mengikut had laju yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa, kerana keadaan jalan raya yang licin pelbagai kemungkinan boleh berlaku tanpa diduga.

Pandu cermat jiwa selamat. Hargailah nyawa anda dan keluarga. Berkorban jangan sampai terkorban!..:)

Pesanan ikhlas dari saya “Jangan biarkan airmata anak, isteri, suami, ayah, ibu, adik, kakak, abang ,ipar, duai, biras, mertua dan pak mertua anda berderai berkilo-kilo menangisi pemergian anda yang terkorban di jalan raya pada hari raya korban ini, jadi berhati-hatilah dalam pemanduan. Mengalah dan sabar itulah pengorbanan yang memberi erti dan menyelamatkan nyawa semua!”

Mohon maaf dari saya andai terlanjur bicara, terusik tergurau tersentuh emosi, hati dan jiwa…apa-apa pun tiada niat di hati sekadar gurauan dan ingatan sesama kita…jaga diri hiasi peribadi….terima kasih!...:)

-CT Nurza-
12 Okt. 2013 06:24ptg.

No comments: