ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, October 21, 2013

DOA SOLAT TAHAJJUD




Assalamualaikum dan salam tahajjud!

Pagi ni saya nak kongsikan doa kepada rakan-rakan pengunjung dan para blogger yang sempat singgah ke laman blog NKN ini...teringat waktu dulu-dulu ketika saya mengidap penyakit yang agak berat hampir 20 tahun lebih lamanya, saya mempunyai seorang kenalan dari Mesir yang pada waktu itu beliau menuntut di Universiti Al-Azhar. Saya tidak pernah mengenali beliau secara nyata kerana beliau cuma mengenali saya hanya menerusi karya-karya saya yang sering tersiar di dada akhbar sahaja pada waktu itu.

Dipendekkan cerita...dalam pada kami berkawan dan berkenalan itu, beliau gemar bercerita kepada saya di dalam surat-suratnya tentang sejarah-sejarah Islam yang ada di Mesir tiapkali beliau membuat tesis untuk pengajiannya di sana. Dia juga selalu bercerita kisah nabi ayub lantas bila mengetahui saya juga sedang sakit di waktu itu, beliau telah mengirimkan doa-doa untuk saya baca dan sentiasa mengingatkan saya agar melakukan solat sunat tahajjud kerana fadilatnya sangat besar katanya. 


Sejak dari itu, saya selalu bertahajjud dan mengamalkan membaca doa-doa yang diberikannya selain memohon agar Allah SWT sembuhkan penyakit saya...Syukur, alhamdulillah, berkat keyakinan yang tinggi dengan amalan yang saya lakukan di atas nasihat sahabat pena saya itu, sungguh tidak diduga, satu keajaiban berlaku...saya akhirnya berjaya pulih seperti sediakala walaupun terpaksa menghadapi pelbagai risiko setelah menjalani pembedahan penting yang hampir-hampir meragut nyawa saya pada masa itu.

Namun demikian, saya bersyukur kerana kehidupan saya hari ini telah jauh berbeza daripada kehidupan sewaktu saya mengidap penyakit tersebut. Semoga rakan-rakan yang sedang sakit juga sentiasalah menunaikan solat tahajjud dan bertawakkal kepada Allah SWT setiap masa. DIA yang memberikan penyakit sebagai cubaan, DIA jugalah yang akan menyembuhkannya...yakinlah kepada-Nya. 


Salam Al-Fatihah dari saya buat kenalan baik saya itu yang kini tidak diketahui di mana beliau berada, walau demikian saya doakan agar beliau juga sentiasa berada dalam Rahmat dan perlindungan Allah SWT setiap masa. Amin...
Terima kasih.

Sekadar perkongsian,
-CT Nurza-

21 Okt. 2013
05:32pg.

*Kredit Untuk Grafik Hiasan yang dipinjam.

2 comments:

dapor meletop ainnurmustaqim said...

asalamualaikum sis....tq atas sharing doa tuh....terbaiklah...mudahan sama2 berpahala

CTNurza 2013® said...

Salam my Fren...sama-sama sis Ainnur...itulah yang NZ selalu amalkan...ada lagi doa lainnya yang NZ selalu baca tika solat Tahajjud...doa yang diberikan oleh sahabat pena NZ dari mesir tu tapi tak dapat nak letak kat sini...Insya-Allah nanti terjumpa doa tu di Google, NZ letakkan di sini...semoga kita jadikan amalan sama-sama..Insya-Allah!