ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, October 22, 2013

MALAM SEMANTAN BERBUNGA II : PROGRAM SASTERA


Buat pencinta-pencinta seni yang meminati lagu-lagu puisi, lagu-lagu rakyat, teater dan pengkisahan sejarah, jom kita join beramai-ramai tengok persembahan hebat majlis baca puisi “Malam Semantan Berbunga II” pada 23 Oktober ini, bertempat di Dataran Patin Temerloh, Pahang bermula jam 08:30mlm.

Insya-Allah, jika kesihatan mengizinkan nanti, saya juga ingin sekali menyaksikan persembahan istimewa ini yang tentunya hebat kerana ada tetamu undangan yang dibawakan bersama…saya tak sabar nak dengar suara Juara Syair kebangsaan yang lunak merdu tu saudari Shafa’atussara Silahudin…harap-harap kesihatan saya okaylah malam esok…hihihi...

Terima Kasih kepada abang Roslan Madun yang sudi mengundang saya untuk turut serta menyaksikan program hebat ini…sememangnya ia sangat kena dengan jiwa saya walaupun saya ini tidak pandai mendeklamasikan sajak lantaran sifat malu yang terlalu tebal dalam diri maka untuk naik ke pentas tu awal-awal terpaksa ngaku kalah…hehehe…apa pun saya tetap memberikan sokongan moral terhadap aktiviti-aktiviti  sastera yang diadakan di sekitar Negeri Pahang ini…Insya-Allah! Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Amiinnn…

Kepada adik-adik di luar sana tu, daripada kita duk pegi tengok konsert K-pop dan macam-macam tuh, lebih baik kita pegi tengok persembahan-persembahan yang lebih bermanfaat sebegini ada gak faedahnya…Moh kita pegi ramai-ramai nanti…

-CT Nurza-
22 Okt. 2013

04:43 pagi.

No comments: