ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, October 5, 2013

PANTUN : SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2013


Masuk ke desa memburu rusa,
Rusanya lari ke tepi kali;
Melalui bahasa menyerlahkan bangsa,
Jati diri dicari identiti dikenali.

Rusanya lari ke tepi kali,

Kali di Kuala ada buaya;
Jati diri dicari identiti dikenali,
Komunikasi bermula itulah budaya.

Kali di Kuala ada buaya,
Buaya di taman mencari mangsa;
Komunikasi bermula itulah budaya,
Menyemarakkan perpaduan sesama bangsa.

Buaya di taman mencari mangsa,
Mangsa ditelan malam gelita;
Menyemarakkan perpaduan sesama bangsa,
Bukti keterampilan peribadi kita.

Mangsa ditelan malam gelita,
Ketika dipatuk si ular sawa;
Bukti keterampilan peribadi kita,
Pertuturan dijaga meresap ke jiwa.

Ketika dipatuk si ular sawa,
Sawa di desa ada merata;
Pertuturan dijaga meresap ke jiwa,
Halusnya bahasa ibunda kita.

Sawa di desa ada merata,
Membelit biri dipohon keranji;
Halusnya bahasa ibunda kita,
membentuk diri agar terpuji.

Nukilan spontan,
-CT Nurza-
05 Oktober 2013
11:19pg.

*Kredit untuk grafik hiasan sumber google.com : DBP.

8 comments:

Mohd Asuad Mat Jelani said...

Salam kepada pemilik blog,
Saya berminat untuk memetik seungkap pantun cik/puan yang indah untuk saya gunakan dalam pembentangan saya pada Seminar Asal Usul Melayu 2014 pada 11 dan Ogos ini.
Facebook: Mohd Asuad

CT Nurza ® said...

Waalaikumussalam En. Asuad...terima kasih sudi menyinggah ke laman Blog saya yang tidak seberapanya ini. Alhamdulillah, jika ada nukilan saya yang bersesuaian, dipersilakan untuk digunakan...:)

Anonymous said...

salam puan, mohon izin gunakan pantun puan dalam majlis sy ya,terimakasih


®CT Nurza said...

Waalaikumussalam...

Boleh,dipersilakan jika pantun ini bersesuaian dengan majlis yang diadakan. Terima kasih sudi singgah ke laman blog ini ya... :)

Darirah Razali said...
This comment has been removed by the author.
din sintok said...

pantun yang kreatif

®CT Nurza said...

Terima kasih Encik Din... ☺

Anonymous said...

Salam, Mohon share utk dimuatkan dalam broshur pelancaran bulan bahasa sekolah...