ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, October 1, 2013

PANTUN : JANGAN TAKBUR


Bunga subur disirami hujan,

Hujan pagi gerimis cuma;

Janganlah takbur lupa daratan,

Berpangkat tinggi tak kekal lama.



Hujan pagi gerimis cuma,

Bersinar  mentari menyinari maya;

Berpangkat tinggi tak kekal lama,

Nikmat diberi ujian dunia.



Bersinar mentari menyinari maya,

Memutih salji dikelopak melati;

Nikmat diberi ujian dunia,

Untuk menguji keimanan di hati.



Memutih salji dikelopak melati,

Cantik  warna dulang di dapur;

Untuk menguji keimanan di hati,

Sejauh mana diri bersyukur.



Cantik warna dulang di dapur,

Dapur dibuat bentuknya bulat;

Sejauh mana diri bersyukur,

Kiranya liat membayar zakat.



Masak kari kuahnya pekat,
Murahnya harga sekilo garam;

Rezeki dicari biarlah berkat,

Semoga keluarga aman tenteram.

-CT Nurza-
01 Oktober 2013

12:37pm.


No comments: