ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, October 13, 2013

PANTUN NILAI-NILAI MURNI 2013 : HORMATI JIRAN



Batu geliga batu permata,
Diikat dengan emas suasa;
Jiran tetangga saudara kita,
Layanlah dengan beramah mesra.

Gerimis bercucuran hujan taklebat,
Gugur bertaburan si bunga langsat;
Hidup berjiran perlu bermuafakat,
Lantaran jiran orang terdekat.

Asah di batu si tanduk rusa,
Rusanya mati dilanggar kereta;
Jiran membantu takkira masa,
Dialah pengganti keluarga kita.

Dari Maran pergi ke Sega,
Singgah makan di Mukim Cheka;
Adab berjiran perlu dijaga,
Janganlah sakitkan hati mereka.

Bunga rampai dari Melaka,
Diberikan sebagai cenderamata;
Sampai menyampai bermuka-muka,
Cuba elakkan sesama kita.

Gasing pangkah bertali tangsi,
Pangkahnya mati main takaci;
Adab dan tingkah kita awasi,
Supaya nanti tidak dibenci.

Nukilan spontan,
-CT Nurza-
13 Okt. 2013
04:36ptg.

No comments: