ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, October 17, 2013

PUISI : BILA TENGKUJUH TIBA LAGI




Bila tengkujuh tiba
Hati rawan semula
Terbayang banjir meragut nyawa
Jika lalai dan leka
Anak-anak dibiar bermain sesuka
Tanpa fikirkan bencana
Akhirnya musibah melanda
Nyawa hilang sekelip mata
Tawa bertukar menjadi duka
Lantaran pesta air yang menguja

Nyaring cengkerik sentiasa bernyanyi
Demikian jua  si kodok tidak henti bersahut
Inilah detik mereka bersuka ria
Bila musim bah telah tiba
Berkumpullah mereka menjadi pujangga
Bermelodi dimalam sunyi dan sepi
Menemani gelap malam yang panjang
Mendodoikan insan yang lena bermimpi
Jauh terbang ke puncak khayal duniawi

Bangunlah kawan
Nanti air bah semakin naik
Bersiap sedialah keperluan diri
Banyakkan zikir dan doa kepada ilahi
Sediakan makanan yang mencukupi
Awasilah anak-anak di sisi
Sebelum air semakin melimpah ke tebing lagi.

-CT Nurza-
17 Okt. 2013
01:29pg.

*Note : Ketika ini air dari longkang besar depan rumahku sudah mula dilimpahi air...hujan pula turun tidak henti-henti...Ya Allah! semoga banjir ini tidak membawa bencana kepada kami...lindungilah kami Ya Allah!

No comments: