ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, October 20, 2013

PUISI : LAGU



Lagu masakini
Sekadar mampu didengari
Tidak langsung menyentuh kalbu
Lirik tidak sampai ke hati
Melodinya mati
Bagai tiada jiwa dan nadi
Menyanyi hanya mencari populariti
Untuk ketengahkan diri
Agar terkenal dan disanjungi
Walau bakat tidak seberapa dalam diri
Cuma memenuhkan pentas seni

Bagiku…
Lagu lama tetap di hati
Dendangannya sopan liriknya menyedarkan
Melodinya lembut bahasanya santun
Kala menjiwai hati meruntun
Senikatanya indah syahdu dihayati
Terkesan hingga ke lubuk jiwa
Memberi nasihat jua semangat
Ada kekuatan yang tersendiri
Mempunyai nilai membentuk jati diri
Bukan lagu yang menjerit tak henti-henti
Merosakkan jiwa anak bangsa
Dengan aksi pelbagai rupa
Membuang masa dan merugi!

-CT Nurza-
20 Okt. 2013
05:24ptg

No comments: