ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, October 19, 2013

PUISI : NISAN SEBUAH PERSAHABATAN



Kalau kupergi...
kutinggalkan nisan sebagai tanda
ikhlasnya persahabatanku sehingga ke hujung nyawa
bukan terpisah kerana api sengketa
kerana itu bukan cara kita
bersahabat sekadar suka-suka sahaja
namun tidak memberi makna
menjalin ukhuwah tidak sampai ke mana
akhirnya terputus silatulrahim kita
hanya kerana berpura-pura
tiadalah bererti apa-apa

Janganlah kita jadi begitu
walau pun aku dengan caraku
namun kutetap menghargaimu
biar dalam sepi
aku abadikan doa untukmu
tiapkali aku bersujud
mengabdikan diri kepada Ilahi
kupohon agar terpelihara ukhuwah kita
sampai bila-bila.

Insya-Allah!

Nukilan spontan,
-CT Nurza-
18 Okt. 2013
08:46mlm

No comments: