ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, October 1, 2013

PUISI : SELAMA MANA??


Selama mana ketabahan mampu bertahan,
Andai kesabaran sentiasa diuji?
Selama mana kejujuran bisa dipertahankan,
Andai keikhlasan sentiasa dicurigai?
Selama mana diri mampu beralah,
Andai mengalah itu dianggap lemah?
Selama mana harus berkorban,
Andai pengorbanan itu tidak memberi erti?
Dan...

Selama mana diri perlu berdiam,
Jika diam itu memberi peluang untuk ditindas?
Selama mana? 

Dan...selama mana?
Entahlah!
Biar waktu yang menentukan
Selama mana diri mampu menghadapi.

-CT Nurza-
01 Oktober 2013
06:40ptg.


*Kredit untuk grafik hiasan google.com

No comments: