ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, October 28, 2013

PUISI : WAWASAN DESAKU



Wawasan desaku
Harapnya tidak cuma indah khabar dari rupa
Apa yang kudengar dari berita
Pasti membuat hati ceria
Jika benar segalanya terlaksana

Aku bangga dengan Kampungku
Meski ia terletak di Hulu
Namun itulah tempat tumpah darahku
Asal usul nenek moyangku
Di situlah aku mengenali erti hidup

Kampungku sejuk dan nyaman
Gunung-ganangnya indah terbentang
Airnya dingin menggigit tulang
Sawahnya luas terbentang
Walau kini kontang dan gersang
Tapi di situlah tempatku sering bertandang
Setiap petang bermain lelayang
Mencari puyu, keli dan toman
Bersama kakak, adik dan abang
Sambil menunggu ayahbondaku pulang
Namun kini hanya sempat mengenang

Kampungku tenang dan permai
Bakal menjadi pusat perlancungan
Sungainya bersih airnya jernih
Tempat berkelah masyarakat setempat
Sambil menjala bermandi manda
Pelbagai acara boleh dilakukan
Aktiviti keluarga beriadah bersama
Mekar terbina ikatan yang ada
Semakin erat bertambah mesra.

Kampungku kampung tradisional
Punya cerita dan sejarah sendiri
Bukan sekadar hanya berperi
Aki Pawang Nong terkenal sekali

Aku rindu kampung halamanku
Ke mana pergi ia tetap di hati.

Nukilan Spontan,
Aku yang tak pernah lupa diri...
-CT Nurza-
28 Oktober 2013
09:27am.

2 comments:

dapor meletop ainnurmustaqim said...

tenang je baca puisi nz sambil dengar lagi istikharah cinta tu...rasa terbuai buaila....mmmm kwn2 ainur yg jaga kaubter ni suma suka lagu ni....tq nz.......mmmuuwwaahhhh

CTNurza 2013® said...

Ainnur....wahwahwah adindaku sorang ni...tima kasih sangat-sangat sudi jengah teratak bicara nz ni....hehehe...iya sebab tau Ainnur & kekawan Ainnur minat lagu tu malam tadi nz letak kembali....semoga terhibur sambil menjamu nukilan-nukilan spontan nz kat sini ek...time ada idea mendatang tiba2 jer baru blog ni akan dikemas kini.....macam tak faham kan?..:)