ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, October 17, 2013

SAJAK : KUNANG-KUNANG TERBANG HILANG


Kunang-kunang di jendela
Hiasan malam menyambut raya
Barisan lemang di akhiran bara
Dah masakkah rending si anak dara.

Kunang-kunang di rimbun daun
Bukannya bintang turun dari awan
Bukannya salam dari langit rawan
Sekadar mengingatkan
Kunang-kunang kian hilang
Bagaikan pendekar
Ketiadaan gelanggang
Satu-satu pohon tumbang
Tersergamlah gua buatan
Burung walit buat sarang.

Kunang-kunang terbang hilang
Bila siang datang
Orang ramai mengasah parang.

Yassinsalleh
1146 hrs. Okt 17. 13.
La Casa Pasifica D Yasleh
Copyright © 2013
Yassinsalleh
All Rights Reserved.

http://yassinsalleh.blogspot.com/2013/07/dapatkan-simfoni-sepi-melalui-pos.html

*Kredit untuk Grafik Hiasan Sumber : Google.com. 

No comments: