ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, October 12, 2013

TIP MENGUATKAN DAYA INGATAN - KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN


Petua Untuk Menguatkan Ingatan

a. Sesetengah orang alim berpendapat bahawa membaca Al-Quran merupakan cara atau method yang paling mujarab untuk memperkuatkan ingatan dan memudahkan hafalan. Bahkan inilah kaedah yang paling utama. Kata-kata hikmah Arab menegaskan "Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca Al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran)."

b. Beberapa cendiakawan Islam pernah berkata, "Orang yang mengamalkan membaca Al-Quran akan sentiasa sihat akalnya walaupun dia berumur 200 tahun." Jarang berlaku orang yang konsisten (selalu) membaca Al-Quran pada setiap hari, berpenyakit nyanyuk apabila telah tua, malah mereka tidak perlu memakai cermin mata."

c. Kesan membaca Al-Quran dari segi kesihatan sungguh besar. Dengan membaca Al-Quran secara automatiknya kita melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan fikiran. Sebaik-baik latihan jasmani untuk kesihatan dan penyembuhan ialah menyanyi. Al-Quran pun merupakan sejenis 'nyanyian' kerana Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau dengan kata lain ialah dengan menyanyi. Apabila seseorang itu bernyanyi atau berlagu dengan fikiran khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan menjadi perhubungan dan rangsangan dari tempat sebutannya kepada organ-organ dalaman. Ia merupakan sejenis rangsangan yang bagus kepada organ-organ dan membentuk ketenangan kepada berjuta-juta saraf di dalam tubuh.
 
*Note : Petikan Artikel - Sumber EPML.

No comments: