ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, October 1, 2013

YANG TAK DAPAT KUSUSUN - YASSIN SALLEH

Riangnyalah
puyu bermain buih
berlarian dirumpun padi.

Belalang menari-nari
berlompatan di daun keladi
layang-layang melegar pelangi
berterbangan di awan tinggi.

Serindit tak terbang lagi
kebasahan di dahan meranti.

Dan dalam hujan renyai beginilah
aku berjalan di denai semalamku
Ponson, kampungku nan permai
di mana nyanyi nyamuk
adalah simfoni malam
yang memerdukan mimpi kami.

Kini kakiku rebah jauh di kota
terlonta meronta
dalam timbunan metafora
yang tak dapat ku susun.

yassinsalleh
1233 hrs. Okt 1. 13.
La Casa Pasifica D Yasleh
Copyright(c) 2013
yassinsalleh
All Rights reserved.

http://yassinsalleh.blogspot.com/2013/07/dapatkan-simfoni-sepi-melalui-pos.html

2 comments:

mankind joeyz said...

assalamualaikum... klu sesape nk beli sutera cantik dgn harga murah bleh la layari dqbutique.blogspot.com .. tenkiu

CTNurza 2013® said...

Waalaikumussalam mankind joeyz...
Terima kasih...