ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, November 30, 2013

SAJAK DI ANGIN LALU - YASSIN SALLEH.

Kadang-kadang terasa
nak tompang awan berarak
boleh singgah di puncak gunung
di rimba pohon rimbun
di bendang padi menguning
di pantai ombak berkejaran.

Tapi awan mana nak bagi tompang
awan semua dah sempit dan sakit
dan terhimpit

Makanya
aku tompangkan sajalah
sajakku di angin lalu
membawa salam dan lagu semalam
ke hujung halamanmu.

Salam sahabatku.

yassinsalleh
1031 hrs. Nov 30.13.
La Casa Pasifica D Yasleh
All Rights Reserved

Note : Diterima menerusi sms. Terima kasih ayahanda Yassin Salleh.

Wednesday, November 27, 2013

TERIMA KASIH MATARI - YASSIN SALLEH


Dalam dinding fajar bening
Di kaki langit
Satu satu berbalam
Wajah kawan-kawan
Bagaikan tersenyum melambai
Seramah sinar pertama matari
Jelas manis dan melebar.

Terimakasih matari
Cerah cahayamu
Memberi aku tahu
Masih lagi ada rupanya
Kawan dan sahabat
Tersenyum memandangku
Yang sekian ini piatu.

Terimakasih fajar
Terimakasih matari
Terimakasih
Insan mulia sahabat lama.

Yassinsalleh
0926 hrs. Nov 26. 13.
La Casa Pasifica D Yasleh
Copyright © 2013
Yassinsalleh
All Rights reserverd.

Sunday, November 24, 2013

PANTUN MUSIM CUTI : KENDURI




Buah bidara si buah longan,
Jatuh berguguran berperingkat-peringkat;
Kenduri–kendara rapatkan hubungan,
Antara saudara, jiran dan masyarakat.

Makan jamu setiap hari,
Duduk di khemah sambil membaca;
Makanan dijamu buah tangan diberi,
Pulang ke rumah jangan mencerca.

~Selamat berkenduri kepada yang melangsungkan majlis walimatul urus pada hari ini. Semoga segalanya diberkati Ilahi~

-CT Nurza-
24 Nov 2013
12:15tghri.
 

Wednesday, November 20, 2013

RINDUNYA REBAH - YASSIN SALLEH.

Sinar matari
mengiring pagi dalam riang
kicau burung
di dahan di awan di angin
meraikan matari
menupang tengahari
memperagakan gagahnya diri.
Amboihai.
Malam nanti akan bulanlah pula
mendandan alam
dalam merdu lagu rindu
sambil satu-satu bintang
gugur
tanpa tafakur tanpa kubur.
Alahai.
Maka pemuzik tak bermata itu pun
akan menggesek biolanya
hingga rindunya rebah.
Aduhai.

yassinsalleh
1344 hrs. Nov 20. 13.
Di kamar nanti IJN.
Kuala Lumpur.
Copyright (c) 2013
yassinsalleh
All Rights Reserved.

*Note : Diterima menerusi sms. Terima kasih ayahanda Yassin Salleh.

http://yassinsalleh.blogspot.com/2013/07/dapatkan-simfoni-sepi-melalui-pos.html

Monday, November 18, 2013

PUISI : SANTUBONG GUNUNG SANTUBONG


Duhai Santubong gunung Santubong
Akhirnya tercapai hasratku
Untuk menatap keindahanmu di depan mata
Sungguh indah
Sungguh unik
Aku terpempan menyaksikan bentukmu
Bagai sekujur jasad terbaring kaku
Diam dikiyam
Seolah  terlena dibuai mimpi
Asyik tak terkata
Lantas menitis airmataku
Mengakui kebesaran Ilahi
Timbul rasa kagum dalam diri
Betapa Allah Maha Kaya
Allah Maha Besar
Mencipta segala isi dunia
Mengikut perkiraan dan kehendak-Nya
Untuk kumelihat akan kehebatan
Jua kekuasaan-Nya
Seperti termaktub dalam al-Quran

Tiada yang seindah ciptaan
Melainkan ciptaan-Mu Ya Rabbi
Dilakari penuh makna
Dihiasi keindahan azali
Itulah lukisan alam
Untuk aku hayati
Sambil menelaah dan berfikir
Wujudnya diri yang kerdil
Bukanlah sia-sia
Namun harus kembali berbakti
Kepada-Nya Yang Maha Esa.

Ya Allah!
Sampaikanlah aku ke sana lagi
Jika nanti ada izin-Mu.

Nukilan spontan,
-CT Nurza-
18 November 2013
09:54mlm.

Sunday, November 17, 2013

SONY, NESCAFE & NUFF TERIMA KASIH!

Assalamualaikum...
Selamat malam dan selamat menunaikan solat fardhu maghrib...hemmm, seminggu tinggalkan blog nih sunyi sepi, rindu pulak nak menceceh...cehh...cehhh kat sini. Ya la, kalau asyik berpantun, berpuisi, bermadah dan berpuitis-puitis aje nanti jemu pulak nak ngadap blog ni kan. Ada ketika nak jugak freekan minda bersantai-santai tulis sesuatu yang boleh membuatkan hati tersenyum ceria sorang-sorang kat depan skrin laptop ni kan, tak delah fikiran jadi strees sangat ya tak??? hidup ni tak boleh terlalu serius dan skema sangat, semua benda nak ikut skill...letih, tension dan membebankan...jadi nak berskema-skema ikut keadaan dan biar bertempat jer la...kannn??..huhuh...


Haa...seminggu yang lepas saya ke Sarawak cuti-cuti Malaysia sekali-sekala. Tengok majlis konvokesyen anak sedara saya kat UNIMAS. Bestlah jugak duk kat sana. Tenang dan damai jiwa...lupa segala masalah kejap. Lagipun masa kat sana saya dah campak masalah-masalah saya kat Sungai Sarawak dan Sungai Rajang jadi habis semua hanyutlah kan. Balik sini rileks sikit otak...hehehe

Jadi malam ni, saya nak ambik kesempatan mengucapkan jutaan terima kasihlah kepada pihak pengiklan dan penaja yang sudi memilih blog terpencil saya ni untuk menerima hadiah-hadiah CPUV dari anda dengan meletakkan iklan-iklan yang begitu cantik kat blog saya tanpa disangka...walaupun saya ni tak berapa nak tahu sangat pasal benda-benda ni semua, tapi saya tetap bersyukur di atas kesudian anda memandang blog yang tidak seberapa kepunyaan saya ini. Alhamdulillah, rezeki sejak menyambut hari lahir saya pada september lepas sehingga kini, masih lagi ada untuk saya. Syukur, alhamdulillah! terima kasih sekalung budi juga buat semua, terutama pihak penaja, pengiklan dan pembaca yang sudi singgah walau hanya sekadar menjengah dan bertamu sejenak di laman ini. Kehadiran anda menambah ceriakan lagi blog ini...sangat-sangat dihargai.

Akhir kata, serangkap pantun buat semua...

Kepala ringan minum nescafe,
Enak menjamu kuih kasturi;
Segala kekurangan harap dimaafi,
Semoga takjemu bertandang ke mari.


Terima kasih Nescafe...

Terima kasih Sony...

Terima kasih International Autoparts (Proride) - CPUV ke-12


Dan Terima kasih Mr. Nuff, juga kepada semua Pengiklan yang sudi memilih blog saya sejak ogos  lalu untuk menerima CPUV dari anda...sokongan diberikan amat-amat dihargai...:)

-CT Nurza-
17 November 2013

08:00mlm