ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, November 15, 2013

PUISI : KETENTUAN


Jikalau ditakdirkan
Esok lusa nisan memisahkan
Penentu sebuah kesetiaan
Janganlah sedih dan ratapkan
Sebaliknya redhalah akan pemergian
Lantaran itulah suratan jua ketentuan
Telah tertulis dalam perjanjian
Antara kita dengan Tuhan

Tiada apa yang perlu ditangiskan
Kerana kehilangan itu ujian
Menyedarkan kita erti pinjaman
Bukannya milik berkekalan

Pujuklah kesedihan hati
Ucapkanlah ‘Innalillah hiwainna ilahiraji’uun’
Daripada-Nya kita datang
Kepada-Nya jua kita kembali
Tiap kehilangan pasti berganti
Walau tak sama yang terkesan di hati
Namun itulah ketetapan Ilahi
Buat kita Makhluk Ciptaan-Nya ini.

Nukilan Spontan,
-CT Nurza-
16 Oktober 2013
01:54ptg.

No comments: